Kuala Lumpur, Malaysia

“HARI ………” (TERMASUK HARI KEKASIH) BUKAN UNTUK ORANG ISLAM

“HARI ………” (TERMASUK HARI KEKASIH) BUKAN UNTUK ORANG ISLAM


  February 28,2012 

Sekali lagi wajah penghinaan & hodoh syaitan muncul merupai ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day)! Ini hanya menunjukkan betapa masyarakat yang dikatakan ‘moden & progresif’ telah merosot dari nilai kemanusiaan! Masyarakat, khususnya, golongan muda tidak menyedari akan hal ini! Pelbagai perayaan ‘Hari’— Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Kekasih, Hari Buruh, dan sebagainya — hanya seolah-olah berkata kepada mereka: “Baiklah, sepanjang tahun kita amat sibuk dengan memikirkan tentang diri sendiri, tentang mengumpulkan wang, tentang meningkatkan kehidupan sehari-hari, kita telah mengabaikan ibu bapa kita, guru-guru kita, orang-orang tersayang kita, patut juga kita peruntukkan satu hari untuk memperingati kelalaian kita itu.” Saya fikir tiada agama yang mengajar kita mengabaikan kasih sayang dan hanya mempamirkan rasa kasih, satu hari dalam setahun? Adakah kita gagal memberi kasih sayang dan cinta selama 364 hari yang lain itu? Tidak, itu hanyalah pertanda yang menunjukkan, sebenarnya, bahawa kehebatan nilai kemanusiaan, yang seharusnya dipertahankan, telah terhakis!

 

Islam dengan tegas menolak pamiran, rasa sayang yang diasing-asingkan seperti itu, kepada sesiapa pun. Dalam Islam, setiap hari ialah Hari Ibu, Hari Bapa; setiap hari Hari Guru dan Hari Kekasih (kasih sayang antara suami isteri; Islam secara mutlak menolak hubungan sebelum kahwin) dan setiap hari ialah Hari Buruh.

 

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa kita dan berurusan dengan mereka dalam cara yang terbaik. Al-Quran berkata:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”  [17:23-24]

 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”

[Al-Quran 31:14-15]

 

Mengenai Hari Kekasih ‘, Islam memerintahkan kita untuk sentiasa menyayangi & menjaga rakan kehidupan kita; dan sememangnya mengajar do’a (doa) dalam Al-Quran:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”  [25:74]

 

Dan terdapat banyak Hadis (sabda-sabda Nabi Muhammad) menceritakan bagaimana suami & isteri harus menghormati & mengasihi antara satu sama lain.

Mengenai Hari Guru, umat Islam diberitahu supaya berdo’a selepas solat setiap hari iaitu:

“Ya Allah, ampunkanlah saya, dan ibu bapa saya dan guru saya ……”

 

Mengenai Hari Buruh, setiap hari, sepanjang tahun adalah Hari Buruh; kerana hadis mengatakan bahawa “upah pekerja perlu dibayar kepada mereka walaupun sebelum peluh (yang menitik sewaktu menjalankan kerja) kering”; sebagai menghormati mereka setiap hari untuk kerja indah yang mereka telah siapkan.

 

Oleh itu, dalam Islam, ibu, bapa, guru, buruh, dikasihi, disayangi; dimuliai dan dijaga dengan baik, setiap hari dalam tahun – bukan hanya diingati setahun sekali. Bagi orang Islam, setiap hari, sepanjang tahun adalah Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Valentine, Hari Buruh.

Meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru; Hari Valentine; Hari Buruh hanya satu hari dalam setahun, hanya menunjukkan orang berpusatkan diri sendiri dan bersikap acuh tak acuh kepada kawan-kawan & kaum kerabat, mengabaikan mereka sepenuhnya sepanjang tahun, kecuali satu hari, yang tertentu sahaja.

 

Peringatan dari saya: Jika orang-orang bukan Islam masih mahu untuk meraikan semua ‘Hari’ itu mendedahkan perasaan mementingkan diri sendiri, acuh tidak acuh, nilai buruk manusia, mereka boleh berbuat demikian; (tetapi sudah tentu, kita umat Islam berasa sesal kerana itu). Tetapi, janganlah cuba untuk merosakkan umat Islam dengan seruan & kritikan anda, untuk membuat umat Islam turun kepada tahap anda. Kami telah mendapat bimbingan untuk hidup – Al-Quran & Hadis. Umat Islam berpegang teguh kepada ini sepenuhnya, kecuali sebilangan kecil yang jahil, yang berfikiran orientalis. Kita tidak akan dapat menyertai anda dalam permainan ini.

 

Newsletter Sign Up

For Latest Updates