Kuala Lumpur, Malaysia

WAHAI REMAJA ISLAM, WASPADALAH!

WAHAI REMAJA ISLAM, WASPADALAH!


  April 28,2012 

Wahai sahabat-sahabat, saya harap artikel ini disebarkan kepada semua ‘facebook friends’ anda.

 Allah SWT telah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”                                                                                (Al-Maidah, ayat 51)

 Adalah tidak dapat dinafikan dalam apa jua agama, peranan yang dimainkan oleh remaja adalah amat penting. Golongan remajalah yang menegak dan mempertahankan nur Islam di tahap yang tinggi di arena dunia. Doa dan penyerahan rabbani yang dipanjatkan golongan belia amat dialu-alu dan diterima dengan sukacitanya oleh Allah SWT. Di hari Akhirat nanti, tujuh  kategori hambanya bakal diberi penghormatan berkumpul di bawah lindungan Arasy Allah SWT. Satu dari kategori tersebut ialah para belia yang taat melakukan penyerahan diri yang syumul kepada Khaliknya.

 Kaum Nasrani dan Yahudi yang merupakan musuh awal sewaktu kebangkitan Islam, sehingga hari ini masih mencuba sedaya upaya untuk memisahkan belia Muslim dari Islam. Mereka tidak peduli jika belia Islam menggunakan nama Islam mereka, yang termaktub dalam rekod kerajaan sahaja. Apa yang mereka bersusah payah melakukan ialah memisahkan ‘roh Islam’ sambil menyemaitanamkan roh Kristian supaya belia itu rela menerima akan organisasi Kristian serta deria rasa masyarakat mereka.

Perpatah ada mengatakan, “Kekuatan yang ada pada tenaga muda adalah melebihi dari seribu senjata atom!”  Nasrani dan Yahudi sedang melakukan segala-galanya untuk mengheret belia Muslim memihak mereka, guna memperkasakan agama mereka; dan memperlekehkan Islam. Sebab itulah seorang Paus tersuhur pernah memperkecilkan Islam dengan mengatakan, “Arak dan perempuan sudah cukup untuk menghancurkan umat Muhammad. Dua benda ini mampu mencapai tujuan, lebih dari apa yang seribu orang tidak dapat boleh capai.”

Louis IX, raja Perancis, sewaktu baginda nazak di Tunis, iaitu selepas kekalahan mengejut mereka kepada pihak Islam dalam tahun 1270, telah berkata, sebelum baginda mangkat, “Kita tidak dapat mengalahkan orang-orang Islam di medan perang. Kita hanya dapat menakluki mereka dengan memisahkan ikatan persaudaraan keagamaan yang wujud antara mereka.”

Selepas ini baharu orang Kristian ‘turun padang’. Mereka telah mereka helah untuk menjadikan belia Islam benci kepada agama mereka – Islam. Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa yang mempunyai tugas untuk memberi nasihat tentang bagaimana untuk menghapuskan keganasan (terorisme) di dunia. Pengerusi Jawatankuasa ini ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Jawatankuasa tersebut telah melaporkan langkah-langkah dahsyat seperti berikut:

  1. Penyebab utama merebaknya keganasan ialah sistem pendidikan Islam.
  2. Melalui sistem ini, umat Islam dihasut untuk menjalankan kegiatan keganasan terhadap Amerika dan Eropah.
  3. Masjid berperanan sebagai pusat utama bagi pengganas. Di masjid mereka membaca Al-Quran. Mereka juga mendengar ceramah oleh para guru mereka. Melalui ceramah-ceramah seperti inilah diwujudkan rasa benci kepada Amerika dan negara-negara Eropah.
  4. 80% dari negara Islam mengalami kemiskinan. Penduduk yang terdiri dari kaum belia yang mengalami tekanan ekonomi telah beralih kepada keganasan.

Oleh hal yang demikian, kerajaan Amerika hendaklah memperkuatkan tekanan terhadap negara-negara Islam, dan menguasai sistem pelajaran Islam.

Fungsi masjid dan madrasah (sekolah Islam) perlu disekat.

Para imam dan guru di madrasah perlu selalu diletakkan di bawah pengawasan rapi. Seiringan itu langkah-langkah perlu diambil agar orang Islam merasa gentar walaupun untuk memasuki masjid.

Amerika hendaklah berusaha gigih supaya semua masjid di negara-negara Islam diletakkan di bawah apa yang dikatakan “taxpayers’ net”. Sesiapa yang memberi sumbangan derma kepada masjid mestilah mendaftarkan sumbangan mereka dengan apa yang dikatakan ‘Central Board of Revenue’. Sewaktu berdaftar, penderma hendaklah menyatakan dari mana sumber wang itu didapati, dan untuk apakah tujuan sumbangan itu dibuat.

Sumbangan yang dalam jumlah yang besar, mestilah diteliti dengan rapi, dan penyumbangnya dipanggil untuk disiasat.

Dengan mensyaratkan langkah-langkah yang ketat seperti itu dan menguatkuasakannya, jalinan hubungan yang rapat antara masjid dan jemaahnya akan renggang. Mentaliti orang Islam akan berubah secara automatik; dan mereka akan menjauhkan diri dari masjid.”

Nasihat-nasihat seperti di atas, yang diberi oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Donald Rumsfeld, hanyalah sebahagian dari laporan penuh yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut. Banyak lagi nasihat-nasihat dahsyat, untuk menghancurkan Islam, terdapat dalam laporan itu.

Bukankah ini merupakan ‘mega-terrorism’ yang dirancang oleh ‘polis dunia’ ini, untuk memusnahkan Islam dengan bertopengkan usaha ‘menghapuskan terorisme’?

Sumber:       ‘Rosnama Peshawar’ daily, 23.7.2008

Majalah bulanan ‘Bushkarya’, Ogos 2008

Pemberita:    Majalah ‘Melahir Uloom’, Saharanpur, September 2010

Sekarang ini, dunia Kristian sedang menyebar luas agama mereka dengan senang melalui internet. Adalah amat senang untuk menghubungi, walaupun Paus, melalui website Kristian.

Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh Mohamed bin Akhtar, tentang bagaimana penyebaran agama Kristian melalui internet (kita merasa betapa sedih dan memeranjatkan, mengetahui cara ianya dibuat):

1.  Pada masa ini terdapat lebih dari 450,000 website agama-agama di dunia. Dari bilangan ini, lebih kurang 200,000 adalah website agama Kristian. Website Islam sangat sedikit – dan hanya merupakan yang mudah dan tidak canggih.

2.  Menurut laporan dari ‘Al-Islah’, ada terdapat 13,000 pulau di Indonesia. Di dalamnya terdapat 21,319 gereja dan pusat Kristian. Di dalam organisasi ini, terdapat 6527 padri Kristian dan 20,897 orang mubaligh, bekerja siang malam menyebar agama Kristian di kalangan umat Islam supaya mereka memeluk Kristian.

3.  Antara 1961 hingga 1991 (30 tahun) di Bangladesh, bilangan pemeluk Kristian telah berkembang dari jumlah 200,000 ke 400,000. Saranan mereka ialah 12 juta dalam masa 20 tahun akan datang.

4.  Di Azerbaijan pula, hanya terdapat 9 buah pertubuhan Islam; sementara bilangan pertubuhan Kristian ialah 37 buah.

Organisasi Islam seluruh dunia berhubungan dengan Saudi Arabia, Qatar, Kuwait dan Turki; sementara organisasi Kristian pula dengan Amerika, Jerman, Switzerland, Britain, Perancis, Itali dan Belgium.

Kebangkitan Kristian ini telah disedari oleh seorang ulama, Maulana Mufti Sayeed Ahmad Sahib. Pada tahun 2001, di ‘Perkemahan Isaie’ yang diadakan di bandar Saharanpur, India, beliau telah membongkar rahsia konspirasi halus yang dijalankan oleh Kristian terhadap Islam. Motif mereka ialah menjadikan keseluruhan negara-negara di benua Eropah sebagai penganut Kristian. Susah payah mereka telah pun membuahkan kejayaan. Perhatian mereka ditumpukan kepada negara-negara di benua Asia pula, untuk menjadikan semua negara di Asia sebagai negara Kristian. Mereka telah mengatur rancangan yang dijangka dapat dilaksanakan dalam masa 100 tahun akan datang.

Menyedari akan bahaya besar ini cendekiawan Islam telah mencadangkan langkah-langkah berikut:

  1. Mengenalpasti mubaligh Kristian yang beroperasi di kawasan orang Islam; dan mengawas rapi kegiatan mereka. Jika didapati tindakan dakyah yang boleh menjejaskan Islam ianya mestilah dihujahi dan dikalahkan (dengan membalas semua hujah mereka).
  2. Madrasah-madrasah hendaklah ditubuhkan di tempat-tempat yang belum ada. Juga, orang-orang Islam mestilah disedarkan dengan taktik dan konspirasi halus orang Kristian terhadap Islam dan orang-orang Islam.
  3. Hendaklah ditubuhkan sekolah-sekolah yang mengajar pengetahuan Islam; dan memberi didikan kepada kanak-kanak Islam tentang pelajaran agama Islam. (Ini telah pun diamalkan di Malaysia).
  4. Pemimpin-pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang berada, hendaklah menyedari akan ancaman terhadap Islam; dan prihatin tentang wujudnya ancaman tersebut. Mereka hendaklah menubuhkan hospital-hospital bagi menjaga kebajikan pesakit Islam (seperti yang dilakukan oleh mubaligh Kristian).
  5. Cendekiawan Islam hendaklah selalu dihantar ke tempat-tempat yang mempunyai ramai penduduk Kristian; untuk menyedarkan orang Islam tentang kebencian Kristian terhadap Islam.
  6. Semua orang secara am, mesti diberitahu, melalui risalah-risalah dalam semua bahasa, bahawa Islam menganggap Nabi Isa a.s. sebagai rasul agung yang diturunkan Allah; dan bagaimana golongan Kristian telah memberi gambaran yang salah tentangnya.
  7. Para pakar dalam bidang-bidang lain, yang beragama Islam, mestilah memainkan peranan untuk menolong orang memahami akan keagungan Islam MELALUI SEMUA JENIS MEDIA YANG ADA.

Jika semua Iangkah di atas dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh, maka tiada apa yang boleh menggugat atau menyebabkan keruntuhan Islam.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Dr Hamiduddeen Kalab Marakash dan Mohamed Lebanoni; di Amerika dalam jangkamasa 1960 ─1968, 52,000 buah buku, 30,000 kertas dan 60,000 makalah telah diterbitkan, yang menyanjung tinggi agama Kristian dan mencemarkan agama Islam! Sebanyak 2,500 filem sejenis itu juga telah diterbitkan.

Pada tahun 1897, satu persidangan yang dihadiri oleh cendekiawan Yahudi diadakan di Basel, Switzerland. Persetujuan telah dicapai untuk menyemai kekeliruan di dalam pengajian ilmu Islam. Ini telah terbukti sekarang dari segi tulisan-tulisan dan pendapat sesetengah pelajar yang mendapat didikan dalam pengajian Islam, dari universiti-universiti Barat. Kemudiannya mereka telah mencuba menguatkuasakan rancangan ini melalui semua media.

Media di negara-negara Barat adalah dikawal sepenuhnya oleh orang-orang Yahudi. Oleh kerana akhbar, radio, tv, internet dan Iain-lain media, semuanya dikawal oleh Yahudi, maka senanglah mereka melaksanakan apa yang mereka rancangkan.

Kesinambungan rancangan ini dapat dilihat dari penerbitan Iukisan kartun Nabi Muhammad yang dilakukan di Norway dan Denmark. Terdapat juga banyak buku, yang ditulis dalam bahasa Perancis, Jerman dan Inggeris, menyerang dan mencemuh Islam dan Nabi Muhammad.

India juga tidak terkecuali dalam hal ini! Sebelum terpisahnya India dan terbentuknya Pakistan, di pertengahan 1734, Zakaria Khan adalah gabenor di Punjab. Diwaktu itu, Hakikath Roy, anak kepada Kathirimalri, seorang tuan tanah beragama Hindu, telah dituduh mengucapkan kata-kata cemuhan terhadap Nabi Muhammad dan anaknya Fatimah. Siasatan telah membuktikan bahawa Roy memang melakukan jenayah itu. Ia telah dihukum sebat di khalayak ramai, diikat di sebatang galah, dan dipancung. Tarikh sewaktu hukuman itu dijalankan dikenali sebagai ‘Basant Panjami’. Sebagai mengingati hari kematianya kerana mencemuh Nabi Muhammad, orang-orang Hindu telah membina sebuah makam di Kotgajasayeed, dekat Lahore.

Juga sebagai mengingati kematian Roy, seorang tuan tanah bernama Kaalu Ram telah membina sebuah kuil di tapak berlakunya hukuman tersebut dan memulakan ‘pooja’ (acara pemujaan). Beliaulah yang memulakan ‘Basant Mala’, dan memperkenalkan pertandingan layang-layang pada hari tersebut.

 Sumber: Naujawan Thabaahi, buku dalam bahasa Urdu, ditulis oleh K.Thahanbar (ms 284)

Apa yang membimbangkan ialah belia Muslim juga mengambil bahagian dalam pertandingan ini, tanpa menghirau laungan azan yang berkumandang dari masjid-masjid berdekatan, sewaktu masuk waktu solat!

Seperti itu juga, adalah sangat menyedihkan melihat belia Islam meraikan April FooIs’ Day yang menggalakkan amalan penipuan dan berbuat bohong! Mengikut sesetangah orang, amalan ini dilakukan bagi memperingati akan olok-olokan oleh orang Yahudi terhadap Nabi lsa a.s. sewaktu ianya disalib. Dan tentunya ada lagi sebab-sebab yang dikaitkan dengan April Fools’ Day.

Bukankah penyertaan para belia Islam dalam amalan bodoh begini akan menyinggung para Anbiyaa? Adakah Islam, yang pernah melahirkan:

Pahlawan Agung, Sultan Salahuddin AI-Ayyubi, yang membebaskan Baitul Maqdis;

Muhammad ibnu Qasim, pemuda berusia 17 tahun yang menakluki Lembah Sind di India, dan orang Islam pertama menjejak kaki ke India;

Si remaja, Tariq ibn Ziyad, yang mengepalai angkatan Islam menyeberangi Selat Jabal Tariq dan menakluki Andalusia, membuka jalan kepada pemerintahan Islam di Sepanyol, selama 800 tahun;

rela mengorbankan remajanya kepada Kristian pada zaman sekarang?

Cukupkah dengan hanya mendabik dan melaungkan tentang keagungan yang pernah dicapai oleh remaja Islam, yang sekarang sudah tiada. Tidakkah amat penting bagi belia hari ini mencapai segala kegemilangan seperti belia yang sebelum mereka?

Tanpa menyedari situasi sebenar yang wujud, kita orang-orang Islam, merasa bangga memperkatakan betapa pesat perkembangan Islam di negara-negara Barat. Tetapi itu hanyalah suatu kemenangan kecil bagi Islam. Tidakkah kita perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara yang lebih merosakkan? Jika kita masih bersifat hambar sahaja, kita akan dengan senang menjadi mangsa kepada konspirasi oleh musuh-musuh kita.

MASA DEPAN KEGEMILANGAN ISLAM ADALAH DI DALAM TANGAN REMAJA ISLAM!

AI-Quran dan Hadis menyatakan dengan jelas supaya kita jangan menjadi pengikut budaya Yahudi dan Kristian!

Tetapi generasi belia Islam sekarang, bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW, bersolat dengan hanya memakai baju-T, dan tanpa songkok/kopiah! Tangan yang dahulunya menggenggam tasbih, kini memegang telefon selular! Dengan melihat segala yang berlaku di sekeliling kita, orang-orang Islam merasa sangsi adakah Yahudi dan Nasrani sedang berjaya dalam aspirasi mereka. WAHAI REMAJA ISLAM, WASPADALAH!

Bahasa Asal: Tamil. Penulis: Sengam S.Anwar Batcha. Diterbitkan dalam majalah bulanan ‘Quranin Kural’, Tamil Nadu, Januari 2011.

Versi Inggeris terjemahan Dr.Mohamed Amir bin Meera Hussain.

Versi Melayu terjemahan Marzuki bin Hashim.

Penyunting: Azmi M.Saman.

 

Newsletter Sign Up

For Latest Updates